Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan melancarkan Pasar Bergerak 1Malaysia (PB1M) di Putrajaya pada akhir Februari ini.
Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan Fama Ab Razak Ab Majid berkata semuanya sudah disediakan untuk program itu yang membabitkan penggunaan bas yang diubahsuai.
Tiga buah bas akan diguna untuk program perintis ini membabitkan tiga kawasan iaitu di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Baharu, katanya semalam.
PB1M ini akan bergerak di kawasan miskin bandar terutamanya kawasan perumahan rakyat dan fokus utama Fama agar mereka tidak perlu pergi jauh untuk membeli barangan segar pada harga berpatutan, katanya.
"Kita akan memantau harga barang yang dijual di PB1M dan mungkin serupa dengan harga yang dijual di pasar-pasar tani biasa yang ada di negara ini," katanya.
Katanya Fama bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi membolehkan PB1M ke kawasan yang ditetapkan setiap hari mengikut jadual yang ditetapkan.
Ab Razak berkata kajian Fama juga mendapati lebih 80 peratus penduduk kawasan perumahan bersetuju Fama mengadakan PB1M itu.
Katanya Fama turut menimbang cadangan memperluaskan PB1M ke negeri lain jika ada peruntukan
No comments:
Post a Comment