Ayob menyampaikan zakat kepada salah seorang penerima sempena Majlis Pengagihan Zakat kepada Pokuat sumbangan Etiqa Takaful di dewan SK Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu. |
Penolong Pengarah Kanan JKM (Bahagian Pembangunan OKU) negeri, Che Ayob Othman berkata, sehingga 2012, hampir 9,000 OKU telah berdaftar dan berharap mereka yang belum berbuat demikian melaksanakannya segera.
“Saya percaya ramai OKU yang belum berdaftar dan mereka perlu berbuat demikian bagi mendapatkan Kad OKU yang mempunyai pelbagai kelebihan serta keistimewaan kepada pemiliknya.
“OKU perlu ambil peluang ini kerana memudahkan pergerakan serta urusan mereka sekiranya memiliki Kad OKU termasuk kos rawatan hospital dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pengagihan Zakat kepada Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (Pokuat) sumbangan Etiqa Takaful di dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman I, di Kuala Terengganu, kelmarin.
Hadir sama, Presiden Pokuat, Fakhruddin Zakaria; Pengurus Pembangunan cawangan Etiqa Takaful, Sokhdi Yusof; penasihat dan ahli jawatankuasa Pokuat serta ahli Pokuat.
Selain itu, Ayob berkata, JKM bercadang memilih tiga tokoh OKU 2013 menerusi kategori Tokoh Usahawan, Tokoh Pendidikan dan Tokoh Kerjaya sebagai galakan kepada mereka memajukan diri.
“Insya-Allah sekiranya perkara ini tiada halangan, ia akan dilangsungkan tahun ini,” katanya. Sementara itu, Ayob turut mengumumkan bakal mengadakan Hari OKU Peringkat Negeri bagi meraikan golongan berkenaan, juga pada tahun 2013.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment