Saturday, January 19, 2013

JPJ Nasihat Pengguna Jangan Guna Khidmat Teksi Haram

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengingatkan orang ramai tidak menjadi penyumbang kepada pertambahan teksi haram atau 'prebet sapu' di negeri ini dalam usaha membanteras kebanjiran kegiatan berkenaan.

Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, tindakan segelintir orang ramai yang gemar mendapatkan perkhidmatan teksi haram menyebabkan kegiatan itu berleluasa dan akan mencalarkan imej negeri ini terutamanya sempena penganjuran Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.

Katanya, masyarakat harus sedar tindakan mereka bukan sahaja memberi kesan kepada pemandu teksi berdaftar tetapi juga menyusahkan diri sendiri dari aspek keselamatan kerana kebanyakan teksi haram tidak dilindungi insurans dan berdaftar.

"Mereka harus fikir tentang keselamatan sendiri dan bukan hanya memikirkan faktor tambang murah yang dicaj oleh teksi haram.

"Mereka masih kurang kesedaran kerana itu masalah ini tidak dapat diselesaikan sehingga kini walaupun kita telah banyak melakukan pemantauan namun teksi haram masih mempunyai pelanggan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan sesi dialog dengan Persatuan Pemandu dan Pemilik Kereta Sewa Daerah Kuala Terengganu/Marang serta Persatuan Kebajikan Pemandu-Pemandu Teksi Melayu Terengganu di Kuala Terengganu, kelmarin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, JPJ akan mempergiatkan penganjuran program bertujuan menyedarkan orang ramai tentang perkara itu di samping meningkatkan kerjasama dengan persatuan dan agensi berkaitan.

Tambahnya, sesi dialog terbabit bertujuan mendengar masalah yang dihadapi para pemandu dan pemilik kereta sewa di samping membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat antara JPJ negeri dan golongan terbabit. "Secara umumnya, mereka mengalu-alukan pertemuan itu dan turut menyatakan kesediaan untuk berkongsi maklumat dan idea terutamanya bagi mengatasi masalah teksi haram," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, tahun lalu JPJ Terengganu berjaya mengambil tindakan terhadap empat pemilik teksi haram di bawah Seksyen 23 Akta Pengangkutan 1987 (Pindaan 2010) yang menyatakan individu terbabit telah menyalahgunakan kenderaan persendirian dengan mengambil penumpang dan boleh didenda sehingga RM2,000.

Katanya, JPJ akan meneruskan aktiviti samaran di lokasi-lokasi tertentu bagi memastikan isu teksi haram dapat diatasi.

Utusan Malaysia

1 comment:

  1. Salam sejahtera!
    Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

    Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh puan Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada puan Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

    Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

    Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan puan Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan

    ReplyDelete