Friday, January 18, 2013

Ketua Geng Pok Kob Serah Diri 18 Januari


Ketua kumpulan Geng Pok Kob Langkap yang aktif dalam kes peras ugut menyerah diri di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata suspek yang berusia 32 tahun itu hari ini dibebas oleh mahkamah dengan jaminan polis.


Beliau berkata dua lagi anggota kumpulan itu iaitu Azlan Ngah, 31, atau dikenali sebagai Lan Minyak dan Pejal Langkap berusia 20-an sedang diburu.

Bulan lalu, dua anggota kumpulan itu yang berumur 34 dan 24 tahun telah ditahan. Manoharan berkata kumpulan ini telah memeras ugut seorang peniaga di Kampung Dalam di sini dan meminta wang perlindungan RM3,000.

Kedai peniaga berusia 63 tahun itu telah disimbah cat merah apabila dia enggan membayar wang perlindungan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek yang masih bebas diminta menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Kuala Terengganu, DSP Harry Chung di talian 019-3375766 atau Ketua Turus D7, Mohd Kamil Abd Jalil di talian 017-5191964 atau di mana-mana balai polis. - Bernama

No comments:

Post a Comment