Seorang bapa dikatakan mengarahkan anaknya yang berusia 9 dan 12 tahun masuk ke dalam bilik sebelum dia ditemui mati tergantung di palang bumbung rumah di Kampung Cherang Meliling dekat Jertih petang kelmarin.
Isteri mangsa berusia 32 tahun telah ternampak suaminya yang berusia 34 tahun itu tergantung di depan pintu bilik air di tingkat atas sebuah kedai roti di situ kira-kira 1.30 petang.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai roti sebelum itu berada seorang diri di ruang tamu manakala isterinya terlena di dalam bilik.
Menurutnya, mangsa yang dikatakan bertindak demikian kerana mengalami masalah kemurungan dan masalah mental.
“Ketika polis tiba di tempat kejadian mendapati isteri mangsa dengan bantuan jiran telah membawa suaminya ke hospital dan telah disahkan meninggal dunia,” katanya kepada media.
Kamaruddin berkata, hasil bedah siasat oleh pakar perubatan mendapati mangsa mati akibat menggantung diri dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut kerana tidak ada sebarang unsur jenayah.
No comments:
Post a Comment