Wednesday, January 16, 2013

LPPSedia Hampir RM4 Juta Untuk Pembangunan Usahawan Terengganu Tahun Ini

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Terengganu memperuntukkan hampir RM4 juta untuk pembangunan usahawan niaga peladang di negeri itu tahun ini.

Ketua Pengarah LPP Datuk Arpan Shah Satu berkata ia merupakan peningkatan hampir RM1 juta berbanding hanya RM3 juta pada tahun lepas.

"Peruntukan itu adalah berasaskan kepada keperluan negeri Terengganu dan jumlah itu boleh ditambah jika perlu," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat perhimpunan tahunan anggota LPP negeri Terengganu 2013 di LPP negeri semalam.

Arpan berkata peruntukan itu disediakan bagi membesarkan projek-projek industri asas tani atau pun projek pengeluaran bahan makanan dalam negara.

Katanya ia merupakan pinjaman mudah yang disediakan oleh LPP kepada usahawan-usahawan bertujuan mengelakkan mereka membuat pinjaman dari pihak lain.

No comments:

Post a Comment