Kerajaan negeri akan terus menaja perlumbaan berbasikal
berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-18 yang bermula 21
Februari depan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Rozi Mamat berkata
jumlah penajaan ialah lebih dari RM1 juta seperti tahun lepas.
"Kita akan teruskan penajaan dan ia amat tepat dengan penganjuran Tahun
Melawat Terengganu tahun ini yang diharap akan mempromosikan pelbagai
destinasi menarik kepada pelancong dari luar negara.
"Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said akan mengumumkan jumlah penajaan
yang sebenar dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di Hulu Terengganu, semalam.
Rozi berkata liputan media antarabangsa dari 70 buah negara terhadap
LTdL akan turut mempromosi Terengganu ke seluruh dunia, satu bentuk
promosi kepada program Tahun Melawat Terengganu 2013.
Tiga tempat yang dipilih sebagai lokasi penamat perlumbaan di Terengganu
ialah Dungun, Kuala Berang dan Kuala Terengganu.
Beliau berkata jalan rosak akibat bencana banjir baru-baru ini akan
dibaiki segera bagi melancarkan perlumbaan.
No comments:
Post a Comment