Tuesday, January 29, 2013

Maidam Sasar Pertambahan 10 Peratus Kutipan Zakat

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyasarkan pertambahan kutipan zakat di negeri ini sebanyak 10 peratus setiap tahun, kata Pengarah Jabatan Baitulmal Maidam, Mat Arshad Mohamed.

Katanya, pada tahun lepas Maidam berjaya mengutip zakat sebanyak RM107.08 juta, yang merupakan jumlah kutipan tertinggi di Terengganu setakat ini, untuk 11 jenis zakat iaitu fitrah (termasuk beras dan wang tunai), harta, tanaman, wang simpanan, ternakan, perniagaan, galian, emas dan perak serta pendapatan.

  Mat Arshad berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat pendapatan syarikat Telekom Malaysia Bhd (TM) cawangan Terengganu oleh Pengurus Besarnya, Hamidun Ismail sebanyak RM50,470.

Beliau berkata, Maidam menyasar jumlah kutipan sehingga RM120 juta bagi tahun ini

Katanya, jumlah pembayar zakat harta meningkat iaitu seramai 37,808 orang berbanding 34,274 pada tahun sebelumnya manakala bilangan pembayar zakat fitrah merosot daripada 790,130 orang pada 2011 kepada 767,712 tahun lepas.

"Kita jangka perkara ini terjadi kerana banyak sebab, termasuklah perpindahan, kematian dan sebagainya," katanya.

No comments:

Post a Comment