Monday, January 7, 2013

Mangsa Banjir Felda Seberang Tayur Dapat RM17,000

Semua peneroka Felda Seberang Tayur yang terlibat dengan banjir baru-baru ini akan diberi bantuan oleh Felda masing-masing sebanyak RM17,000 bagi satu keluarga.

Pengurus Besar Wilayah Felda Terengganu, Mohd Helmi Fakhzan Abd Wahab berkata, sebanyak RM10,000 akan diberikan melalui Tabung Kebajikan Felda, RM5,000 daripada Yayasan Felda dan RM2,000 lagi daripada Felda kepada peneroka untuk membeli perkakas rumah yang rosak.

“Selain itu peneroka yang terlibat juga diberi pinjaman segera tanpa faedah bagi membaiki rumah mereka yang rosak sehingga RM40,000,” katanya ketika ditemui pada majlis gotong-royong perdana Felda Wilayah Terengganu bersama Majlis Belia Felda Malaysia di Felda Seberang Tayur melibatkan lebih 600 orang di Kemaman.

Banjir di kawasan tersebut menenggelamkan rumah sehingga setinggi tiga meter selama tiga hari yang bermula 25 Dis lepas melibatkan 500 mangsa daripada 117 keluarga peneroka Felda Seberang Tayur membabitkan kerugian antara RM8,000 hingga RM10,000 bagi setiap rumah.

Katanya, selain Felda dan agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah, Bomba dan Penyelamat, Syabas dan lain-lain, syarikat swasta seperti Pasaraya Tesco, syarikat Adabi, syarikat telekomunikasi DiGi dan lain-lain turut membantu mangsa banjir di situ.

Mangsa banjir, Tabidah Seman, 42, peniaga kedai runcit dan makanan berkata, banjir kali ini merupakan yang terbesar pernah dia alami selama tinggal di Felda Seberang Tayur sejak 16 tahun lalu.

“Saya tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang kerana air naik terlalu cepat pada waktu malam. Cuma saya mampu menyelamatkan diri bersama empat orang anak ke pusat pemindahan di dewan Orang Ramai dan Sekolah Agama Rakyat di sini,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Hafiz Abdul Ghani, 25, ketika ditemui berkata, rumahnya ditenggelami air sehingga tiga meter di mana semua barang seperti televisyen, tilam, dan perabot musnah dalam kejadian itu.

“Saya mengalami kerugian agak besar dan sukar untuk menggantikan semula barang-barang yang rosak kerana ia memerlukan wang yang banyak untuk beli yang baru,” katanya.

1 comment:

  1. BE SMART, hura WHILE IT LAST AND JADIKAN TUNAI EXTRA
    Saya mendapat lombong telah diprogramkan dan terpadam kad ATM untuk mengeluarkan maksimum 7021,45 SGD setiap hari untuk tempoh maksimum 30 hari. Saya sangat gembira ini kerana saya mendapat lombong dan saya telah menggunakannya untuk mendapatkan 147.450,45 SGD. MR James memberi kad keluar hanya untuk membantu mereka yang memerlukan, walaupun ia adalah menyalahi undang-undang tetapi ia adalah sesuatu yang baik yang akan membantu kesusahan kewangan anda, untuk perubahan tahap kewangan. Dan tidak ada yang mendapat terperangkap apabila menggunakan kad; untuk kad itu juga diprogramkan dan sangat aktif. Dapatkan anda daripadanya. Hanya menghantar kepada-Nya, e-mel pada jamesvoltharkers68@gmail.com dan dia memberikan anda details..THIS adalah 100% REAL. I AM A PEWARIS INI. EMAIL HACKER'S: jamesvoltharkers68@gmail.com

    ReplyDelete