Monday, January 21, 2013

Masalah Letak Kereta Di HSNZ Selesai April

Masalah tempat letak kereta terhad di kawasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini yang menimbulkan rungutan orang ramai dijangka dapat diatasi selewat-lewatnya April ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Anwa Sulaiman berkata, usaha ke arah itu sedang diambil termasuk menyediakan kawasan sementara yang boleh menempatkan kira-kira 200 kenderaan.

"Selain itu, dua tingkat bangunan di Jabatan Wad Bersalin yang sedang dibina akan menyediakan kemudahan parkir bagi kira-kira 300 kenderaan dijangka siap April ini," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Pelancaran Kempen Amalan 3S (Senyum, Salam, Sapa) peringkat negeri yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Mohd Azhar Yahaya, di Perpustakaan Awam Negeri di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment