Friday, January 18, 2013

100,000 Stokin Bayi Untuk HSNZ

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said menyerahkan stoking kepada Timbalan Pengarah (Klinikal) HSNZ, Dr Muhada Suzana Mokhtar.
Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menerima sumbangan 100,000 pasang stokin untuk kegunaan bayi yang lahir sepanjang Januari hingga Mac.

Sumbangan bernilai RM200,000 dari Syarikat My Socks Malaysia Sdn Bhd yang beroperasi di Gong Badak menerusi Ketua Pegawai Ekskutifnya , Johnny Wong yang disampaikan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, selepas Mesyuarat Exco, di Wisma Darul Iman, semalam.

Menteri Besar kemudiannya menyerahkan sumbangan itu kepada Timbalan Pengarah (Klinikal) HSNZ, Dr Muhada Suzana Mokhtar sebelum diagihkan kepada bayi yang bakal lahir di HSNZ.

Menteri Besar memuji langkah syarikat itu tampil bagi menjalankan tanggungjawab sosial dengan menghulurkan sumbangan kepada masyarakat di negeri ini.

“Terima kasih kepada My Socks Malaysia Sdn Bhd kerana sudi menghulurkan sumbangan stoking untuk bayi yang baru lahir di HSNZ berjumlah 100,00 pasang yang bernilai RM200,000 sebagai menunaikan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat di sini,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment