
Pasukan Belanda itu, yang sebelum ini dikenali Rabobank sejak 1996, akan membuat penampilan sulung pada perlumbaan LTdL kali ini.
"Saya melihat Le Tour de Langkawi sebagai peluang terbaik kerana ada banyak zon pecutan.
Ini merupakan permulaan baharu bagi pasukan yang dianggotai muka-muka baru. Saya harap ia akan membuahkan hasil," kata Bos dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur, semalam.
Beliau berkata matlamat pasukan itu adalah untuk meraih sekurang-kurangnya satu kejayaan pada perlumbaan 10 peringkat kali ini.
Bos mengumpul lebih tujuh kemenangan di Eropah tahun lepas termasuk dua peringkat Jelajah Turki. Pelumba berusia 29 tahun itu akan diiringi oleh pemegang tiga pingat emas Sukan Olimpik 2004, Graeme Brown dari Australia, yang pernah memenangi sejumlah sembilan peringkat dalam LTdL dari tahun 2002 hingga 2005.
Selain kedua-dua pelumba pecut itu, pasukan tersebut turut membariskan Jetse Bol, Tom Leezer, Marc Goos dan Jos van Emden, kesemuanya dari Belanda. Edisi ke-18 LTdL meliputi jumlah jarak sejauh 1,466.6km.
No comments:
Post a Comment