Sunday, January 27, 2013

Menteri Besar Ketuai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1434H

 


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengetuai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu 1434H/2013M yang bermula dari  Dataran Shahbandar sejauh kira-kira 2.2 kilometer sebelum berakhir di Stadium Negeri, Khamis lalu.

Sebanyak 118 kontinjen melibatkan sebanyak 15,000 peserta dari pelbagai jabatan serta agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan dan sekolah menyertai perarakan tersebut.





Majlis Amanah Rakyat (MARA) cawangan Terengganu, dinobatkan sebagai juara bagi kategori Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan.

Manakala Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) diumumkan sebagai juara Kategori Jabatan Kerajaan Negeri dan Badan Bukan Berkanun.


Juara kategori lain, Tenaga Nasional Berhad (syarikat swasta dan syarikat terpilih lain) dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (pasukan sekolah menengah, IPTA/IPTS).

Manakala Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Laut menang bagi kategori JKKK. Kesemua pasukan itu berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000.

No comments:

Post a Comment