Friday, January 4, 2013
Monsun Timur Laut Dijangka Berterusan Hingga Mac
Jabatan Meteorologi berkata, dalam tempoh itu hujan lebat berterusan dijangka boleh berlaku di Kelantan, Terengganu, timur Pahang dan Johor seperti Segamat, Mersing, Kluang, Batu Pahat dan Kota Tinggi pada awal Januari.
Sabah dan Sarawak pula akan mula mengalami hujan lebat pada Januari dan Febuari terutama di bahagian utara dan timur Sabah serta bahagian barat dan tengah Sarawak.
Kawasan pantai barat Semenanjung pula dijangka mengalami hujan ribut petir pada sebelah petang dan awal malam, kata jabatan itu dalam kenyataan semalam.
Jabatan itu berkata, semasa perayaan Tahun Baru Cina pada 10 dan 11 Februari, cuaca di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu secara amnya dijangka baik.
Bagaimanapun, ribut petir di satu dua tempat dijangka berlaku pada sebelah petang dan malam di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan barat Johor, kata kenyataan itu.
No comments:
Post a Comment