Thursday, January 17, 2013

MSNT Anjur Bolasepak Pantai, Cari peamin Sukma 2013

Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) akan menganjurkan Kejohanan Bolasepak Pantai Bawah 21 Tahun pada Jumaat ini untuk memilih pemain bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di Kuala Lumpur, Jun ini.

Pengarah MSNT, Zainal Abidin Husin berkata, sebanyak 45 pasukan telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan tertutup selama dua hari itu di Batu Buruk, di Kuala Terengganu.

"Kita jangka jumlah penyertaan itu akan bertambah apabila pendaftaran ditutup pagi esok," katanya semalam.

Bola sepak pantai merupakan acara baharu yang akan dipertandingkan pada Sukma kali ini dari 28 Jun hingga 7 Julai depan.

Katanya seramai 15 pemain terbaik daripada kejohanan itu akan disenaraikan untuk sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak dekat sini sebelum senarai 10 pemain dimuktamadkan bagi menghadapi Sukma 2013.

No comments:

Post a Comment