Friday, January 18, 2013

Murid Tahun 6 Lemas Mandi Sungai Di Tok Raja

Seorang murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tok Raja, Jerteh ditemui mati lemas di Sungai Besut, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, Muhammad Faris Irfan Fauzi, 12, ditemui pasukan penyelamat setelah mangsa dipercayai terjerlus ke dalam pasir ketika mandi bersama kawan-kawannya kira-kira pukul 5.50 petang.

Beliau berkata, mangsa yang tinggal di Kampung Gong Jaga, Alor Lintah dikatakan telah memberitahu keluarganya yang dia mahu berjumpa neneknya di Kampung Tok Raja.

"Mangsa dilapor turut mandi bersama rakan-rakannya di sungai sebelum hilang, katanya.

1 comment: