Empat atlet berbasikal lebuhraya Terengganu turut dipilih Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mewakili negara dalam Kejohanan Lumba Basikal Remaja Asia di India Mac ini.
Mereka ialah Abdul Aziz Zahid, Mohd Azri Ahmad, Mohd Badrul Hakimi Hamid dan Mohd Shahrul Affan Rosdi.
Jurulatih berbasikal Terengganu, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata para pelumba itu dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam beberapa kejohanan tahun lepas.
Beliau berkata PKBM membenarkan pelumba tersebut menjalani latihan bersama pasukan Terengganu Cycling Team selama 20 hari di Ipoh mulai Selasa di bawah jurulatih Sebastien Duclos.
"Secara kebetulan, pelumba TSG akan menjalani latihan di Ipoh sebagai persediaan mereka menghadapi Le Tour de Langkawi bulan depan, maka kita masukkan sama pelumba-pelumba muda ini," katanya.
No comments:
Post a Comment