Saturday, January 5, 2013

Penjaga Gol Utama Terengganu Belum Ditentukan


Terengganu belum menetapkan siapa yang bakal menggalas tugas sebagai penjaga gol utama pasukan itu selepas Mohd Sharbinee Allawee Ramli berhijrah ke Selangor.

Ketua Jurulatih pasukan itu E Elavarasan (gambar) berkata peluang masih terbuka untuk tiga penjaga gol yang ada menunjukkan kecekapan mereka bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan Penyu.

Terengganu akan membuka tirai Liga Super musim ini pada Selasa apabila menjadi tuan rumah kepada Felda United.

"Sekararang ini kami mempunyai tiga penjaga gol iaitu Sharmiza Yusof, Syed Adney Syed Hussin dan Wan Muhd Azraie Wan Teh.

Namun saya belum membuat keputusan siapa yang akan mengawal gawang Terengganu.

"Saya akan lihat kecekapan dan kecergasan mereka dalam beberapa siri latihan sebelum perlawanan pertama nanti," kata Elavarasan  kepada pemberita, di Kuala Terengganu semalam.

No comments:

Post a Comment