Friday, January 11, 2013

PTCM Terengganu Sedia Bekerjasama Dengan Agensi Lain Tubuhkan Unit Berkuda

Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) Terengganu sedia bekerjasama dengan mana-mana jabatan atau agensi kerajaan yang berminat untuk menubuhkan unit berkuda mereka sendiri.

Ketua Turus PTCM Terengganu, Mohd Nor Jusoh berkata ini kerana pihaknya mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam aspek penjagaan, penyelenggaraan serta pengendalian haiwan tersebut.

Katanya sebagai satu-satunya PTCM di negara ini yang mempunyai unit berkuda sendiri, beliau yakin dapat membantu mana-mana pihak yang berminat untuk tujuan itu.

"Kita mempunyai kemudahan yang lengkap selain itu kita juga mempuyai doktor haiwan sendiri bagi memudahkan kuda-kuda tersebut diperiksa," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Terengganu, kelmarin.

 Mohd Nor berkata pihaknya masih membuka keahlian kepada sesiapa yang berminat untuk menganggotai PTCM.

No comments:

Post a Comment