Friday, January 11, 2013

106 Anak Yatim Terima Wang Zakat UMT & Bank Rakyat


Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Bank Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mengagihkan wang zakat berjumlah RM10,600 kepada 106 anak yatim sempena sesi persekolahan 2013.

Naib Canselor UMT Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata program itu sebahagian tanggungjawab sosial universiti kepada masyarakat setempat di kawasan Mengabang Telipot.


"Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah berumur tujuh hingga 15 tahun. Selain program ini, UMT mengadakan pelbagai aktiviti seperti sumbangan wang sempena Aidilfitri dan sumbangan kepada penduduk miskin," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian wang zakat itu kelmarin.

Katanya setiap anak yatim menerima RM100 yang diharap mampu menampung kos perbelanjaan buku serta kelengkapan sekolah mereka. Hasnah Mamat, 53, seorang ibu tunggal, berkata beliau amat terharu apabila tiga dari tujuh anaknya terpilih untuk menerima wang zakat itu.

No comments:

Post a Comment