Friday, January 11, 2013

Risda Sasar Wujud 100 Usahawan Baru Di Terengganu Tahun Ini

Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (Risda) Terengganu menyasarkan melahirkan 100 usahawan baharu pada tahun ini. Pengarahnya, Zakaria Mat Amin berkata secara keseluruhannya Risda Terengganu sudah melahirkan kira-kira 700 usahawan sejak lima tahun lepas.

Katanya kebanyakan mereka mengusahakan pembuatan kuih tradisional, manisan, sos cili, makanan sejuk beku, selain katering, kontraktor kecil-kecilan, jahitan dan sulaman.

Bercakap di Kuala Terengganu, kelmarin beliau berharap kejayaan itu akan menjadi inpirasi dan dorongan kepada usahawan Risda baharu lain pada masa depan dan bukan sahaja menembusi pasaran pasar raya besar di Terengganu sebaliknya hingga ke pasaran pasar raya besar di seluruh negara

Mengikut rekod yang ada, Zakaria berkata sesetengah usahawan Risda di Terengganu mampu memperoleh pendapatan antara RM1,000 hingga RM4,000 sebulan dan ini telah melepasi garis kemiskinan di bawah RM500 sebulan.

No comments:

Post a Comment