Friday, January 11, 2013

TESDEC Main Peranan Selaras Dengan Matlamat Kerajaan Terengganu

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melawat TESDECtidak berapa dahulu.
Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) menyediakan strategi jangka pendek dan jangka panjang bagi memenuhi keperluan pusat latihan itu untuk berkembang dan mampu bersaing mengikut matlamat ditetapkan kerajaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC, Che Razali Adis berkata strategi berkenaan berasaskan kehendak ekonomi dan pasaran kerja semasa agar setiap pelatih yang tamat latihan, mampu bersaing dan berjaya merebut peluang yang ada.

"Strategi jangka pendek berasaskan perancangan semasa kerajaan negeri pada setiap tahun di mana pada tahun ini Terengganu dijangka menerima pelaburan asing dalam tiga sektor utama iaitu bioteknologi, minyak dan gas dan perkilangan.

"Berasaskan daripada perkara itu, TESDEC telah merangka beberapa program kemahiran kepada belia lepasan sekolah dan juga program peningkatan kemahiran berasaskan industri untuk lepasan ijazah dan diploma bagi memastikan tenaga kerja terlatih dapat dikeluarkan selaras dengan perkembangan ekonomi negeri," katanya kelmarin.

Che Razali berkata, untuk program kemahiran kepada belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), TESDEC memberi tumpuan terhadap tenaga kerja dalam bidang minyak dan gas dengan tiga program utama yang mampu memberi peluang pekerjaan yang baik.

No comments:

Post a Comment