Friday, January 11, 2013

RM 1 Juta Untuk Azam Tani Terengganu

Sebanyak RM1 juta diperuntukkan kerajaan bagi malaksanakan program Azam Tani di Terengganu tahun ini, kata Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri Hasan Jusoh.

Beliau berkata sehubungan itu, seramai 100 peserta Azam Tani yang berdaftar menerusi sistem e-Kasih dikenalpasti untuk menerima bantuan daripada peruntukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

"Fama Terengganu telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan program itu dan daerah yang terlibat ialah Besut dan Setiu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan peralatan program pembasmian kemiskinan Azam Tani di Kampung Tiruk, Serada kelmarin.

Pada majlis itu seramai 11 orang menerima bantuan iaitu enam menerima mesin jahit, dua orang menerima motosikal roda tiga dan tiga orang menerima peralatan pertanian dan perniagaan yang bernilai keseluruhan RM80,000.

No comments:

Post a Comment