Sunday, January 6, 2013

'Satu Undi Untuk BN, Satu Undi Untuk Masa Depan'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menurunkan tandatangan di plak 1Malaysia di ruang kabin pesawat AirAsia AKM01 ketika menyertai penerbangan bersama delegasi Program Integrasi 1Malaysia Bersama AirAsia ke Kuantan, Pahang, di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT),Sepang semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam  berkata setiap satu undi untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU) nanti, bermakna "satu undi untuk masa depan".

Katanya beliau optimis rakyat tidak akan memperjudikan masa depan kepada pihak pembangkang, sebaliknya rakyat kini dilihat semakin yakin dengan kerajaan BN untuk terus menerajui negara bagi mencapai wawasan negara maju.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersalaman dengan orang ramai ketika tiba bersama 130 delegasi dari Sabah dan Sarawak yang mengikuti Program Integrasi 1Malaysia Air Asia di Pangkalan Udara TUDM Kuantan, semalam.

"Alhamdulillah, sekarang rakyat (dilihat) bertambah yakin dengan kerajaan Barisan Nasional, undi satu untuk BN adalah adalah satu undi untuk masa depan, (kalau) undi pembangkang, (masa depan) tidak menentu," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan minum petang bersama pemimpin setempat Dewan Undangan Negeri kawasan Pulau Manis di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai, di Pekan, semalam.

Perdana Menteri berkata kerajaan BN adalah kerajaan yang sentiasa prihatin dengan setiap masalah yang dihadapi rakyat.

"Kalau rakyat susah, kerajaan prihatin, wang ehsan (bantuan untuk rakyat misalnya) baru permulaan, nanti kita akan bagi lagi, ini adalah konsep kerajaan Barisan Nasional," katanya.

Najib berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) misalnya, dapat diberikan kepada rakyat kerana kerajaan dapat menguruskan kewangan negara dengan baik.

"Kalau kita tidak rancang secara sistematik, kita tentu akan dapat hasil yang mengecewakan, pihak pembangkang katanya nak buat perubahan, adakah perubahan itu baik atau lebih buruk, tidak semua perubahan akan lebih baik tapi mungkin kekecewaan," katanya.

Najib berkata negara Malaysia sebenarnya telah mencapai satu kejayaan tertentu yang setaraf dengan negara maju yang diiktiraf negara-negara luar dan badan-badan tertentu

 "Ini kita dapat lihat dari segi tadbir negara, agenda transformasi telah beri keyakinan kepada dunia dan daya saing kita mengikut pihak yang buat penarafan, Malaysia adalah antara 14 buah negara yang setaraf dengan negara-negara maju," katanya.


No comments:

Post a Comment