Saturday, January 5, 2013

Sekolah Imtiaz Kemaman Dijangka Mula Beroperasi Akhir Tahun Ini

Menteri Besar (kiri) menyampaikan Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu kali ke-33 tahun 2012 peringkat Parlimen Kemaman di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman, kelmarin.
Sekolah Menengah Imtiaz (SMI) di Kemaman yang dibina awal tahun lepas, dijangka siap dan mula beroperasi sepenuhnya hujung tahun ini.

Pengarah Yayasan Terengganu Zakaria Yusof berkata kompleks sekolah yang dibina dengan kos RM60 juta itu dijangka dapat menampung sehingga 1,000 pelajar.




Pembinaan cawangan kelima sekolah itu selaras dengan peningkatan mendadak permohonan kemasukan pelajar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk dari luar Terengganu, katanya di Kuala Terengganu, kelmarin.

Beliau berkata yayasan juga merancang untuk membina dua lagi kompleks sekolah Imtiaz di dua daerah di Terengganu iaitu di Marang dan Setiu, sekaligus menyaksikan setiap daerah di negeri ini mempunyai sekolah Imtiaz.

Sementara itu, Zakaria berkata hasil sumbangan berterusan Yayasan Terengganu, seramai 10 penuntut Terengganu kini berjaya melanjutkan pelajaran ke 10 universiti terbaik di dunia dengan pembiayaan yang disediakan yayasan itu.

Sementara itu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, penubuhan kompleks cawangan kelima sekolah berasrama penuh itu bagi menampung permohonan kemasukan yang meningkat saban tahun termasuk dari luar Terengganu serta Sabah dan Sarawak.

"Cawangan iaitu Imtiaz Kemaman telah beroperasi selama dua tahun di bangunan sementara di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun yang menempatkan 200 orang pelajar tingkatan satu dan dua.

"Apabila siap, dua lagi sekolah yang sama akan dibina di Setiu dan Marang bagi menjadikan setiap daerah mempunyai sekolah elit berkenaan," katanya pada majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu kali ke-33 tahun 2012 peringkat Parlimen Kemaman di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman, kelmarin.

Pada majlis itu, seramai 447 pelajar menerima sijil dan hadiah kecemerlangan berjumlah RM81,020. Daripada jumlah itu, 367 pelajar PMR, SPM (109) dan STAM (1). Hadir sama, Pengarah Yayasan Terengganu, Zakaria Yusof.

Menurut Ahmad Said, Yayasan Terengganu dalam perancangan untuk menaik taraf cawangan pertama sekolah itu di Kampung Raja, Besut menjadi Sekolah Menengah Imtiaz Antarabangsa selaras dengan hasrat Kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai 'Negeri Anjung Ilmu'.

Sementara itu

No comments:

Post a Comment