Seorang kakitangan kerajaan dan seorang warga emas adalah diantara 37 orang yang ditahan dengan penyalahgunaan dadah dalam Ops Tapis Bersepadu dan Cegah Jenayah awal pagi Rabu.
Ia merupakan anjuran bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata ops yang diketuai ASP Shamsuddin Abas dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Besut itu berlangsung dari 1.00 pagi dan berakhir pukul 9.00 pagi kelmarin.
Katanya, ops tersebut ditumpukan ke beberapa buah kampung di Hulu Besut berjaya menahan penagih dan pengedar dadah berumur antara 18 hingga 53 tahun melalui 52 serbuan dari rumah ke rumah.
Menurutnya, sebanyak 31 daripada penagih yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala lima lagi di bawah Seksyen 15(1) akta yang sama.
Manakala seorang lagi ditahan di bawah Seksyen 12(2) juga akta yang sama kerana didapati memiliki tujuh biji pil kuda (Methamphetamine).
Kedua-dua suspek tersebut didapati menagih pil kuda sejak beberapa tahun lalu.
No comments:
Post a Comment