Saturday, January 5, 2013

Skuad Hoki Terengganu Mahu Ambil 4 Pemain Import

Terengganu yang bakal beraksi dalam Liga Hoki Kebangsaan tahun ini mahu menggunakan khidmat empat pemain import.

Setiausaha Persatuan Hoki Negeri Terengganu, Sabri Salleh berkata, pemain berkenan telah dikenal pasti dan akan diberi tawaran jika mereka bersetuju mewakili Terengganu.

"Kita akan umumkan nama pemain berkenaan apabila tiba masanya nanti. Kita tidak mahu ia mengganggu proses pengambilan mereka," katanya.

Beliau berkata, seramai 18 pemain tempatan telah bersetuju menyertaiTerengganu musim ini dan tawaran rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi.

"Kita akan menyenaraikan 22 pemain termasuk pemain import untuk didaftarkan sebelum pendaftaran ditutup 30 Jan ini," katanya.

Kejohanan Liga Hoki Kebangsaan tahun ini bermula dari 22 Mac hingga pertengahan Mei.

No comments:

Post a Comment