Kedudukan Sonamu yang semakin lemah dan bergerak ke barat Andaman Aea |
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu bimbang dengan laporan ramalan ribut tropika Sonamu hingga menjejaskan diri sendiri.
Menurutnya, cara terbaik ialah melakukan solat Hajat dan berdoa bagi mengelak musibah itu berlaku. “Apa yang diramal tidak semestinya akan menjadi kenyataan dan orang ramai tidak perlu menjadikannya sebagai satu ketakutan yang besar” katanya semalam.
Sonamu dikatakan semakin lemah semalam pada ketika ia sedang menghala ke Semenanjung. Malah ia dikatakan berada di selatan Vietnam ketika ini.
Menurut beberapa laporan peramal cuaca, Sonamu kini bergerak ke arah Barat di sekitar Andaman Aea untuk tempoh tiga hari ini. Bagaimanapun laporan itu menyebut ia akan bertukar kepada Tropical Depression atau kumpulan awan yang membawa rebut yang kesannya berlaku hujan di beberapa kawasan di Thailand dan Malaysia.
Amaran Sonamu yang dikeluarkan AlertNet. |
Data yang diberikan oleh Pusat Amaran Taufan Bersama Tentera Laut dan Tentera Udara Amerika Syarikat itu menyebut kawasan yang akan dilalui ribut berkenaan ialah berdekatan 6.3 N,103.3 E.
Sonamu dijangka membawa angin deras berterusan selama satu minit pada kelajuan 64 km satu jam (40 mph).
Mereka yang bimbang mengenai nyawa dan harta benda sewajarnya mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa, kata AlertNet.
Mufti Pahang menjelaskan, ramalan yang dibuat itu menggunakan sistem dan fakta supaya menjadi panduan kepada orang ramai namun semua tragedi yang berlaku adalah ketentuan ALLAH SWT.
“Di Pahang kita sudah bersiap sedia awal dan solat Hajat sudah pun dijalankan selepas menerima titah Sultan Ahmad Shah.
Kita mohon kepada semua untuk berdoa bagi menolak bencana alam seperti ini,” katanya.
Ramalan Ribut Tropika Sonamu yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia berlaku bermula hari ini hingga Jumaat ini menimbulkan rasa bimbang kepada orang ramai terutamanya nelayan dan penduduk di Pantai Timur.
No comments:
Post a Comment