Laluan ribut tropika Sonamu menghala ke kawasan Pantai Timur. - Foto ihsan www.gdacs.org |
Setiausaha Keselamatan MKN Terengganu Tajul Ariffin Muhamad berkata keadaan semasa menunjukkan kekuatan ribut yang dijangka membadai negeri-negeri Pantai Timur itu semakin berkurangan apabila menghampiri perairan negara
Bagaimanapun katanya, pemantauan mendapati ribut tersebut berpusar di tengah laut dan menjauhi kawasan persisiran pantai.
Namun begitu, beliau tetap meminta penduduk terutama yang tinggal di kawasan pantai agar mengambil langkah berjaga-jaga.
Penduduk Kg Bukit Keluang, Terengganu meneruskan kerja harian masing-masing walaupun diramal Sonamu melanda negeri di Pantai Timur, semalam. |
Sementara itu, pemantauan Bernama di sekitar daerah ini mendapati sekalipun cuaca mendung, keadaan angin adalah seperti biasa. Tinjauan Bernama di beberapa lokasi di pesisiran pantai dari Chendering di Kuala Terengganu hingga ke pantai Batu Buruk pula mendapati keadaan ombak adalah seperti biasa dan peniaga serta nelayan tekun meneruskan kegiatan mereka.
Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini dilapor meramalkan berlaku hujan lebat di negeri-negeri Pantai Timur sepanjang minggu ini akibat ribut tropika Sonamu.
No comments:
Post a Comment