Sunday, January 13, 2013
Tabung Besi Masjid Kampung Bukit Payong Lesap
Jemaah Masjid Kampung Bukit Payong, dekat Kuala Terengganu terperanjat apabila mendapati tabung besi masjid berkenaan lesap dipercayai dicuri pihak tidak bertanggungjawab.
Kejadian itu disedari Pengerusi Jawatankuasa masjid berkenaan, Zakaria Mohamad pagi kelmarin.
Zakaria berkata, dia menyedari kehilangan tabung derma orang ramai itu ketika sampai untuk menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5.45 pagi.
“Sebaik sahaja masuk masjid, saya mendapati peti besi bersaiz sekaki pergi yang dirantai pada tiang masjid sudah tiada,” katanya.
Menurutnya, suspek bertindak memotong rantai yang mengikat tabung itu pada tiang masjid menggunakan gergaji besi berdasarkan terdapat serpihan gergasi besi yang patah berhampiran.
Menurutnya, suspek bertindak melarikan tabung itu dipercayai selepas usaha memotong kunci peti itu gagal, kerana terdapat dua kunci dipasang untuk mengelak kecurian.
“Dulu pihak masjid hanya pakai satu kunci sahaja menyebabkan sebanyak empat kali peti berkenaan dipecah oleh pencuri tahun lalu, tetapi baru-baru ini kami ubah suai menggunakan dua kunci.
“Namun apabila kita buat begini, pencuri bertindak melarikan dengan peti sekali,” katanya yang kesal.
Beliau tidak pasti jumlah wang tunai hasil derma jemaah yang berada dalam peti itu memandangkan ia sepatutnya dibuka kelmarin.
Bagaimanapun kebiasaannya kutipan wang di dalam tabung tersebut hanya sekitar RM20 sahaja seminggu.
Katanya, kejadian kecurian kecil-kecilan di kawasan Bukit Payong khususnya sepanjang musim banjir ini amat ketara, menyebabkan ia menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk.
“Ramai jemaah mengadu kes kecurian banyak berlaku dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi kesejahteraan penduduk,” katany.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment