Sunday, January 13, 2013

Harris Salleh Ketua Cabaran TSG Pada LTdL 2013


Pelumba basikal negara Mohd Harris Salleh akan mengetuai cabaran pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) pada kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang bermula dari 24 Feb hingga 2 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG Nik Mohd Syahrom Nik Mohd Hashim berkata pasukan itu menyenaraikan tujuh pelumba bagi membawa cabaran Terengganu ke kejohanan itu.




"Pemilihan pelumba ini telah dibuat oleh ketua jurulatih TSG Sebastian Duclos," katanya semalam.

Pelumba lain ialah Shahrul Mat Amin, Mohd Saufi Mat Senan, Nur Amarul Fakhruddin, Mohd Nor Umardi Rosdi, Mohd Zamri Salleh dan Mohd Saiful Anuar.

Kesemua mereka sedang menjalani latihan intensif di sekitar bandar Kuala Terengganu sebelum ke Cameron Highlands minggu depan bagi menjalani latihan selama 10 hari, katanya.

No comments:

Post a Comment