Thursday, January 10, 2013

Tempat Duduk Percuma 1Malaysia AirAsia Dapat Sambutan Menggalakkan


"Program Integrasi 1Malaysia Bersama AirAsia" yang ditawarkan oleh AirAsia telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Kesemua 10,000 tempat duduk percuma yang ditawarkan di bawah inisiatif itu telah habis direbut menjelang pukul 11 pagi semalam, kata AirAsia dalam satu kenyataan.

Dalam kempen tempat duduk percuma itu, penerbangan pergi/balik ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak, iaitu Kuching, Sibu, Miri, Bintulu, Kota Kinabalu, Tawau, Labuan dan Sandakan, ditawarkan dari tiga destinasi di Semenanjung Malaysia (Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baharu) dengan sejumlah 417 penerbangan mingguan.

Tempat duduk percuma berjumlah 10,000 yang ditawarkan itu adalah antara yang pertama daripada banyak aktiviti lain yang syarikat penerbangan itu akan umumkan sebagai sebahagian daripada

"Program Integrasi 1Malaysia" yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lepas. Hanya cukai lapangan terbang dikenakan untuk kempen Tempat Duduk Percuma 1Malaysia ini kerana tambang dan surcaj bahan bakar telahpun diketepikan untuk laluan yang ditawarkan.

Untuk maklumat inovasi terkini AirAsia serta promosi, aktiviti dan peraduan lain, boleh didapatkan menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).

No comments:

Post a Comment