Masalah kecurian kabel milik TNB masih lagi terkawal dan kecil
berbanding negeri di pantai Barat.
Pengurus Besar TNB negeri, Ir Md Yuslan Md Yusof, berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai unit keselamatannya sendiri yang dinamakan
Unit Perkhidmatan Keselamatan (UPK) bagi memantau pemasangan dan kes
kecurian kabel di setiap daerah bagi membendung masalah itu.
“Mereka yang tertangkap akan didakwa di mahkamah. Cuma pada masa sama,
saya harapkan orang ramai bekerjasama dengan kita untuk membanteras
kejadian ini daripada berlaku di kawasan masing-masing,” katanya kelmarin.
Sementara itu orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati apabila berurusan dengan individu yang tidak dikenali, kerana ada yang sanggup menyamar sebagai kakitangan TNB semata-mata bagi tujuan menipu.
Lebih licik, individu tidak bertanggungjawab itu sanggup menipu hanya kerana ingin mencuri elektrik atau membuat sambungan pendawaian elektrik haram dan ada pula yang mencuri tembaga pada meter. berkatanya.
Walaupun kes itu terpencil, pengguna perlu lebih berhati-hati kerana kes tersebut ada dilaporkan berlaku di negeri ini.
“Sebenarnya orang seperti ini banyak taktik. Kes sebegini banyak berlaku di Selatan, yang mana mereka menyamar menjadi anggota kerja TNB.
“Jadi saya nasihatkan orang ramai agar pastikan jika mereka curiga, minta individu terlibat menunjukkan kad kuasa dan memakai baju atau vest berlogo TNB. Kita perlu sentiasa beringat kerana tidak mahu perkara tidak diingini berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sesi Dialog Persatuan Kontraktor Elektrik Melayu Terengganu (Perkent) Bersama TNB Terengganu di Hotel Tanjong Vista di Kuala Terengganu, kelmarin.
No comments:
Post a Comment