Sunday, January 13, 2013

Tiada Pelumba Import Sertai TSG Kali Ini

Zamri turut disenaraikan oleh TSG
Terengganu Cycling Team (TSG) tetap mampu memberi saingan hebat pada kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) kali ini sekalipun tidak diwakili pelumba import.

"Tahun ini kita tidak diwakili pelumba import kerana semua pelumba import, kita telah tamatkan kontrak mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Nik Mohd Syahrom Nik Mohd Hashim.

Menurutnya, pelumba tempatan yang dipilih telah membuktikan kemampuan mereka menerusi kejohanan peringkat Asia yang disertai sebelum ini,.

Pelumba basikal negara Mohd Harris Salleh akan mengetuai cabaran pasukan TSG pada LTdL yang bermula dari 24 Februari hingga 2 Mac ini.

Pasukan itu menyenaraikan tujuh pelumba bagi membawa cabaran Terengganu ke kejohanan itu. "Pemilihan pelumba ini telah dibuat oleh ketua jurulatih TSG Sebastian Duclos," katanya .

Pelumba lain ialah Shahrul Mat Amin, Mohd Saufi Mat Senan, Nur Amarul Fakhruddin, Mohd Nor Umardi Rosdi, Mohd Zamri Salleh dan Mohd Saiful Anuar.

Kesemua mereka sedang menjalani latihan intensif di sekitar bandar Kuala Terengganu sebelum ke Cameron Highlands minggu depan bagi menjalani latihan selama 10 hari, katanya. Nik Mohd Syahrom juga yakin

No comments:

Post a Comment