Tuesday, January 22, 2013

UKOM Anjur Diskusi Bersama C.N Al- Afgani 29 Januari

Unit Komunikasi Negeri (UKOM) akan menganjurkan program Diskusi bersama dengan Cikgu Zainon atau C.N Al- Afgani pada 29 Januari 2013 (Selasa) jam 8.30 pagi bertempat di Stadium Negeri di Jalan Sultan Mahmud.

Penulis buku “Kafirkah Aku?” yang telah menggegarkan masyarakat Islam di negara ini khususnya dengan pendedahan beliau tentang penyelewengan di dalam Pas. Hari ini setelah tersesat di hujung jalan beliau kembali ke pangkal jalan.


Beliau juga pernah menjadi wartawan/penulis di akhbar Harakah, malah sanggup bersama mujahidin di bumi Afghanistan sekitar tahun 1988.

Pendakwah di bawah Yayasan Islam Terengganu, Imam/bilal dan Ahli jawatankuasa Masjid adalah di antara yang akan hadir ke diskusi tersebut.

Persuruhjaya Agama Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Rozali Salleh dijangka akan menyampaikan ucaputama dan seterusnya menjadi moderator diskusi yang bertajuk “Dilema dan ranjau perjuangan Islam di Malaysia.”.

Zainon yang sebelum ini mendedahkan, kerana percayakan Amanat Hadi beliau sanggup berhenti sebagai guru semata-mata untuk membantu perjuangan Pas.

Setelah beliau insaf, Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang hanya melebelkannya hanya sebagai ‘guru sekolah rendah”.

No comments:

Post a Comment