Idris (tiga dari kiri) pada majlis Kumpulan 250 ahli Pas bertindak keluar parti itu an menyerahkan borang keahlian Umno pada malam 4 Februari lalu. |
Kira-kira 1,000 anggota pembangkang terutamanya PAS dijangka meninggalkan parti itu menjelang Mac ini dalam program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) anjuran Umno Bahagian Besut, kata Ketuanya Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan semakin ramai anggota PAS yang sudah mula hilang keyakinan dengan konsep perjuangan parti itu lebih-lebih lagi apabila sanggup menjalin pakatan dengan DAP yang ternyata tidak menerima negeri berkonsepkan Islam.
"Awal bulan ini kita telah terima hampir 400 anggota PAS majoritinya yang mahu menyertai Umno selepas muak dan tidak boleh menerima pendekatan parti itu yang semakin menyimpang dari perjuangan Islam termasuk dalam isu berkaitan kalimah Allah," katanya kepada pemberita di Shah Alam, semalam.
Idris berkata rata-rata penyokong turut melahirkan rasa keliru apabila melihat perjuangan PAS pada hari ini yang berbeza dengan matlamat asalnya termasuk menghalalkan wanita tampil berceramah mewakili parti itu.
"Dulu wanita nak masuk tilawah Al-Quran pun dihalang, dengan alasan suara aurat tetapi sekarang sanggup ambil artis wanita berceramah wakili mereka, apa sudah jadi?.
"Demi cita-cita mahu ke Putrajaya mereka halalkan semua, kalau nak sangat ke Putrajaya saya boleh sediakan bas, pergilah tak payah nak tunggu lepas pilihan raya," katanya.
No comments:
Post a Comment