Saturday, February 9, 2013

132 Pelumba Dari 30 Negara Sertai LTdL 2013

Pierre Rolland dan Andrea Guardini merupakan antara 132 pelumba dari 30 negara yang akan memulakan saingan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013.

Ketua Pegawai Operasi LTdL 2013, Emir Abdul Jalal berkata, kesemua pelumba tersebut telah mengesahkan penyertaan pada edisi ke-18 LTdL yang bermula di Kangar, Perlis, 21 Februari ini.

"Dunia akan mengenali Malaysia secara lebih dekat dengan kehadiran pelumba antarabangsa mewakili lima benua...ini ekoran liputan media yang meluas di luar negara," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Antara pelumba hebat bakal menjadi perhatian ialah Rolland, penunggang Perancis berusia 26, yang memenangi salah satu peringkat pendakian Tour de France pada dua edisi lepas.

Guardini, dari Itali, pula merupakan penunggang pertama merangkul kemenangan dalam enam peringkat pada edisi tahun lepas dan penunggang paling banyak meraih kemenangan dalam sejarah LTdL iaitu 11 peringkat.

No comments:

Post a Comment