Saturday, February 9, 2013

Sokongan Masyarakat Tionghua Penting Untuk Barisan Nasional


Sokongan golongan minoriti termasuk masyarakat Tionghua memainkan peranan penting dalam pilihan raya umum (PRU), dan seharusnya golongan ini perlu bijak membuat keputusan kerana ia melibatkan masa depan mereka.

Adun Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail, melalui kehidupan dengan penuh keharmonian serta selesa di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah satu nikmat dan tiada sebab untuk mereka memilih pihak lain sebagai kerajaan.

“Kerajaan yang ada sekarang sentiasa berfikir untuk rakyat tanpa mengira bangsa. Walaupun golongan minoriti, masyarakat Tionghua di negara ini bertuah kerana tetap diberi perhatian.

“Pengalaman berada di bawah pemerintahan Pas selepas pilihan raya tahun 1999, harus diambil iktibar supaya tidak berulang lagi apatah lagi PRU13 bakal diadakan tidak lama lagi. Keputusan bijak perlu dibuat kerana kerajaan tidak boleh ditukar seperti menukar baju," katanya.

Menurutnya, kesilapan membuat pilihan akan ditanggung kesannya nanti. "Soal menukar kerajaan bukan perkara main-main. Rakyat di negara ini termasuk masyarakat Tionghua sendiri sudah berada dalam keadaan aman damai dan seharusnya segala dimiliki ini terus dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu majlis Penyampaian Dana Khas Tahun Baru Cina kepada 48 penerima masyarakat Tionghua Kuala Berang, di Bangunan Umno Bahagian Hulu Terengganu, di Kualang Berang malam semalam.

Sementara itu, Pengerusi MCA Hulu Terengganu, Lee Guan Teck yang hadir pada majlis tersebut berkata, keseluruhan penerima sumbangan tahun ini ialah seramai 110 orang termasuk di Ajil.

Menurutnya, sumbangan tersebut diharap serba sedikit meringankan beban pada perayaan Tahun Baru Cina kali ini dan ia juga merupakan bukti keprihatinan kerajaan kepada masyarakat Tionghua di negeri ini.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment