Thursday, February 28, 2013

5 Nelayan Disenarai Hitam Salah GUna Kad Subsidi

Seramai lima nelayan di Terengganu disenarai hitam akibat pelbagai kesalahan termasuk menjual minyak diesel dan petrol bersubsidi kepada nelayan asing.

Berikutan itu, mereka tidak lagi dibenar membeli bahan bakar tersebut di tempat yang ditetapkan LKIM, sebaliknya terpaksa mendapatkannya daripada penjual minyak industri dengan harga lebih mahal.


Pengarah LKIM Terengganu, Mohd. Saffe Mohamad berkata, daripada jumlah itu, seramai empat nelayan dikesan menyalah guna kad e-petrol manakala seorang lagi menyalah guna kad e-diesel.

"LKIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak kerana kerajaan telah memberi mereka subsidi untuk meringankan beban, sebaliknya mereka mahu mengaut keuntungan segera,” katanya semalam.

No comments:

Post a Comment