Wednesday, February 20, 2013

Ahmad Said Minta Golongan Muda Setia Pada BN


Golongan muda di Terengganu perlu menolak pemimpin-pemimpin yang suka mencetuskan huru-hara, menimbulkan propaganda dan persepsi tanpa disokong bukti serta fakta kukuh hingga menyebabkan fitnah terhadap pihak lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata banyak kategori pemimpin yang perlu ditolak antara lain, mereka yang tidak memiliki kepakaran dalam bidang yang dipimpin dan pandai menabur janji.

“Mana mungkin seseorang yang tidak memiliki kepakaran akan berjaya dalam bidang yang dipimpinnya, justeru itu, orang muda perlu bijak menilai siapa pemimpin yang akan mereka pilih pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke13 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Santai Menteri Besar Bersama Skuad Sukarelawan Bermotor di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu, malam klmarin.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat dan Presiden Pertubuhan Permotoran Bersatu Malaysia (Rider United), Wazi Abdul Hamid.

Program itu dihadiri lebih 1,600 Skuad Sukarelawan Bermotor termasuk Kelab Motor 69,71 dan 99 serta dimeriahkan dengan kehadiran ikon Riders United seperti Zizan Razak, Intan Ladyana dan Sari Yanti..

Ahmad Said yang juga Pengerusi BN Terengganu, berkata kerajaan sudah beri macama-macam kepada rakyat pelbagai kaum dan peringkat umur.

“Kepada golongan muda, pihak kami bercadang akan membina sebuah litar perlumbaan motosikal bernilai kira-kira RM30 juta di kawasan seluas 30 ekar pada tahun depan.

“Jika mahu perkara itu menjadi realiti dan ingin lebih banyak lagi kemudahan dan bantuan lain, jangan lupa setia dan sokong BN pada pilihan raya nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment