Sunday, February 17, 2013

Beri SVTB1M Kepada Balu Bukti Kerajaan BN Prihatin

Gambar Fail...,Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyampaikan SVTB1M pada satu majlis baru-baru ini.
Kesediaan kerajaan menimbang pemberian Sumbangan Veteran ATM Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) kepada balu tentera adalah tanda prihatin terhadap golongan itu.

Presiden Kumpulan Tentera Tidak Berpencen (KVTTB), Mohd Sabri Abd Malek, berkata perkembangan itu pasti melegakan 100,000 balu tentera tidak berpencen di negara ini.

“KVTTB berharap keputusan mengenai perkara itu dapat diumumkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13),” katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam mengenai kesediaan kerajaan mempertimbangkan pemberian SVTB1M sebanyak RM1,000 kepada balu tentera tidak berpencen sebagai menghargai sumbangan suami mereka kepada negara.

Mohd Sabri berkata, balu tentera tidak berpencen adalah golongan yang patut diberi bantuan kerana mereka tiada tempat bergantung.

“Ada antara mereka terpaksa membuat pelbagai pekerjaan dalam satu masa untuk menyara keluarga dan menampung kos sara hidup yang tinggi ketika ini.

“Justeru, pertimbangan itu adalah berita baik buat mereka dan dianggap ‘durian runtuh’ jika berjaya direalisasikan,” katanya.

No comments:

Post a Comment