Wednesday, February 20, 2013
BL1M Hasil Idea Pemuda Umno Terengganu
Pergerakan Pemuda Umno Terengganu bersyukur kerana program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang merupakan cetusan idea mereka, kini menjadi kenyataan.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Terengganu Saiful Bahri Badaruddin berkata cadangan program itu diusul oleh Pemuda Umno Terengganu pada Perhimpunan Agung Umno 2011.
"Tujuan program Bantuan Lesen 1Malaysia ini adalah untuk menggalakkan mereka yang berumur 17 hingga 40 tahun yang belum mempunyai lesen, memiliki lesen pemanduan yang sah," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Kuala Terengganu, kelmarin.
Program yang menawarkan harga 50 peratus lebih rendah daripada harga biasa untuk mendapatkan lesen B2 itu terbuka kepada warganegara berusia antara 17 dan 40 tahun dan bayaran RM199 yang perlu dibayar adalah meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori, undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.
Program BL1M dilancar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 31 Jan.
No comments:
Post a Comment