Karnival Yang Diadakan di PWTC mendapat sambutan hangat. |
Karnival kerjaya anjuran Pemuda BN Terengganu dengan kerjasama Pemuda BN Malaysia bakal dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak sempena program Jelajah Janji Ditepati di lokasi yang sama, 23 Februari ini.
Pengerusinya, Saiful Bahri Baharuddin, berkata karnival kerjaya yang pertama kali dilaksanakan di Terengganu itu bakal menempatkan 80 majikan dari pelbagai sektor pekerjaan termasuk peindustrian, pembuatan, pertanian, pelancongan, minyak dan gas serta beberapa agensi kerajaan.
“Di samping itu, bukan hanya majikan yang turut serta dalam karnival itu, agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan SME Bank juga akan terlibat kerana mereka bukan sahaja menawarkan pekerjaan, malah menyediakan peluang latihan dan kemudahan pinjaman.
“Objektif utama semua majikan yang terdiri daripada 60 syarikat dan agensi luar Terengganu, manakala 20 lagi yang berpusat di Terengganu itu adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kepada anak muda di negeri ini,” katanya kepada pemberita di Pejabat Media Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, kelmarin.
Hadir sama, Ketua Pemuda BN Bahagian dan Presiden Kawat, Encik Ayob Mamat.
Saiful yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri berkata, hasil kejayaan penganjuran karnival kerjaya 2011 dan 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , Sekretariat BN Youth Job Fair mengambil pendekatan bagi menganjurkan program yang sama sebagai kesinambungan kejayaan itu.
Katanya, sambutan baik terhadap program itu sebelum ini, selain permintaan di kalangan golongan muda di di Terengganu supaya ia dilaksanakan di negeri ini menyebabkan Pemuda BN Terengganu merealisasikan hasrat golongan itu dalam usaha memastikan masalah pengangguran dapat diatasi segera.
“Para pengunjung terutama mereka yang belum mempunyai pekerjaan atau berhasrat menukar kerjaya lain sebagaimana yang disediakan dalam karnival itu boleh membawa resume dan dokumen peribadi boleh terus menemui majikan yang terdapat di karnival itu.
“Pemohon akan di bawa untuk menjalani sesi temuduga, peluang kerjaya dan `career talk’ yang disampaikan oleh pakar motivasi dari Kuala Lumpur,” katanya.
Beliau berkata, program yang sama turut diadakan di Kedah (31 Januari hingga 1 Februari), diikuti Terengganu dan kemudiannya di Tawau, Sabah pada 2 hingga 3 Mac ini.
No comments:
Post a Comment