Perarakan Maulidur Rasul di Kemaman, Februari lalu. |
Pengerusi BN Terengganu yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said, berkata keyakinan ini berdasarkan sambutan luar biasa rakyat terhadap program yang dianjurkan oleh Umno atau BN di kawasan berkenaan selepas PRU Ke-12.
“Kita yakin dapat menawan empat atau lima kerusi Dun yang dimenangi pembangkang dulu pada pilihan raya kali ini. BN yakin mampu tawan lima kerusi pembangkang.
“Jika melebihi bilangan tersebut, ia merupakan satu bonus kepada BN,” katanya kepada sidang media sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kemaman Khamis (7Februari 2012).
Pada PRU Ke-13, lapan daripada 32 Dun dimenangi oleh pembangkang iaitu Manir, Batu Burok, Rhu Rendang, Wakaf mempelam, Ladang, Sura, Bukit Tunggal dan Bukit Payong.
Ahmad Said turut memberitahu dari segi persiapan untuk menghadapi PRU Ke- 13, Umno dan BN sudah lama bersiap sedia.
Beliau berharap setiap Dun dapat memperkemaskan jentera parti masing-masing, bagi memastikan hasrat BN untuk kekal merintah Terengganu akan tercapai.
No comments:
Post a Comment