Pengundi yang masih memihak kepada Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh dikategorikan sebagai golongan yang tidak memahami mengenai Islam kerana sanggup bersekongkol dengan mereka yang sanggup menggadai kesucian agama,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
“Islam adalah agama perpaduan, Islam tidak pernah menyuruh kita bergaduh, berkelahi dan menunjukkan sikap angkuh dan menyekat hak orang lain.
“Alhamdulillah, satu kejayaan besar kepada kita, apabila dari satu aspek Pas mula berubah, di mana dulu jika kita mahu memasang bendera, mereka mengacau, mengganggu dan menjatuhkan bendera kita.
Bagaimanapun, mereka masih suka memaki-hamun dan memfitnah dalam ceramah. Itu bukan ajaran, amalan dan juga pendekatan Islam,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri berkata demikian di sidang akhbar sempena majlis jamuan rakyat dan perasmian Balai Raya Kampung Binjai Manis, Manir, kelmarin.
Sebelum itu Menteri Besar melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Wanita dan Penggerak Kemas Dewan Undangan Negeri DUN Manir di Pejabat Komuniti DUN Manir.
Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Ketua Pergerakan Wanita Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat; Pegawai Penyelaras DUN, Yusof Awang Hitam.
Ahmad Said berkata, Pas juga sanggup melemparkan fitnah terhadap sesuatu perkara yang tidak disenangi mereka termasuk menuduh kerajaan membelanjakan ribuan dan jutaan ringgit bagi membeli haiwan untuk ditempatkan di Zoo Kemaman, sedangkan perkara itu tidak berasas sama sekali.
“Adakah itu perjuangan Islam? Ceramah menghina dan mengata orang. Mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul, ceramah sekejap mengenai Maulidur Rasul, selebihnya mengata dan memfitnah orang. Ini bukan cara dan ajaran Islam.
“Mereka sanggup membuat fatwa-fatwa mengelirukan kerana mahu mendapatkan kuasa politik dan sokongan bukan Islam serta orang Kristian, sehingga sanggup kalimah Allah dikongsi dengan orang bukan Islam.. ini tidak boleh.
Dalam Bible dalam apa semua sekalipun, tuhan ditulis God atau Lord. Allah nama spesifik untuk orang Islam. Kalau kita benarkan mereka gunakan dalam gereja mereka, nama salib ditulis Allah, apa tindakan kita. Sebab itu kita menentang kerana ini hak eksklusif umat Islam.
Akibat politik, Pas sanggup menggadaikan nama Allah,” katanya.
Menurutnya, antara amalan agama pemimpin dan penyokong Pas yang jelas menyimpang termasuk tidak mengiktiraf imam masjid yang dilantik kerajaan Barisan Nasional dan Umno menyebabkan sanggup meninggalkan masjid kerana mengelak dari berimamkan individu yang berbeza parti politik.
Katanya, jika mereka menyelar tindakan Umno dan BN bekerjasama dengan MIC dan MCA, kini mereka sendiri menjalinkan hubungan baik dengan DAP yang tidak mengiktifaf Melayu sebagai tuan dan Islam selaku agama rasmi negara.
Teganukita
No comments:
Post a Comment