Monday, February 4, 2013

Lelaki Kurang Siuman Ditahan Cuba Cederakan Anggota Polis Di Marang

Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara bagi menyelamatkan diri daripada seorang lelaki kurang siuman di Bukit Payung di Marang, , semalam.

Anggota dari balai polis Bukit Payung itu dihantar ke lokasi kejadian setelah polis menerima aduan daripada orang awam mengenai seorang lelaki membuat kacau di hadapan sebuah rumah di Taman Desa Salam kira-kira 8 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K Manoharan berkata lelaki terbabit bertindak agresif dan memaki hamun L/Kpl berusia 34 tahun itu sebelum mengejarnya dan mengambil batu bata untuk mencederakan anggota polis itu.

"Panik dengan kejadian itu anggota berkenaan melarikan diri dan terjatuh. Bimbang dirinya dicederakan, anggota berkenaan melepaskan satu das tembakan sebagai amaran sebelum meminta bantuan dari orang ramai di gerai berhampiran," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, hari ini.

Beliau berkata tiga lagi anggota polis dihantar ke tempat kejadian pada pukul 10.30 malam dan menahan lelaki itu.

No comments:

Post a Comment