Gaya tersendiri Chicchi (kanan) sebaik melintasi garisan penamat pada peringkat keempat LTdL 2013 di Kapar semalam. |
Biarpun menamatkan perlumbaan di tempat kedua, ia sudah memadai buat pelumba Astana Pro Team, Andrea Guardini menyarung Jersi Biru, sekali gus merampas status Raja Pecut daripada Wang Meiying.
Bagaimanapun, Meiying dari Henxiang Cycling Team masih mempertahankan Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan, Jersi Merah (Raja Bukit) dan Jersi Putih (Pelumba Terbaik Asia) yang dimenanginya kelmarin meskipun sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-64 semalam.
Pada perlumbaan di laluan beralun dan lurus dari Tapah, Perak ke Kapar, Selangor sejauh 168 kilometer (km) itu, Guardini melakukan henjutan bertenaga beberapa meter menuju ke garisan penamat.
Namun, Raja Pecut edisi 2011 dan 2012 itu dipintas pelumba Vini Fantini-Selle Italia, Francesco Chicchi manakala tempat ketiga menjadi milik Aidis Kruopis dari Orica GreenEDGE dengan catatan tiga jam 44:22 saat (s).
“Hari ini (semalam), pasukan kami membuat keputusan untuk melihat pasukan lain membuat ‘kerja’ selepas kami bertungkus-lumus pada tiga peringkat awal sebelum ini.
“Kami cuba membantu rakan sepasukan (Yonathan Mosalve) untuk memenangi Jersi Kuning sepanjang tiga peringkat sebelum ini tetapi tidak berjaya. Kami tunggu sehingga ke garisan penamat untuk melakukan sesuatu.
“Saya memerhatikan Guardini dan ketika perlumbaan berbaki 300m, saya berjaya memintasnya," kata beliau.
Kosmo!
No comments:
Post a Comment