Sunday, February 24, 2013

LTdL 2013 Peringkat Ketiga - Pemuba China Sapu Bersih

 

Pelumba bukan pilihan, Wang Meiyin dari China melakar kejutan pada peringkat ketiga kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 semalam.

Pada perlumbaan sejauh 140.7 kilometer (km) dari Sungai Siput ke Cameron Highlands, Perak itu, Wang Meiyin menjadi pelumba pertama melepasi garisan penamat. Kejayaan berkenaan sudah cukup buat pelumba daripada pasukan benua, Heng- xiang Cycling Team (HEN) tersebut melakar sejarah baharu, sekali gus menjadi pelumba pertama menyapu bersih kesemua empat jersi yang dipertandingkan pada kejohanan paling berprestij di Asia itu.


Selain mempertahankan Jersi Putih selaku Pelumba Terbaik Asia yang dimenangi sejak peringkat pertama, dia turut merampas Jersi Kuning (Individu Keseluruhan), Jersi Biru (Raja Pecut) dan Jersi Merah (Raja Bukit).

Sepanjang 18 edisi LTdL sejak mula diperkenalkan pada 1996, belum ada pelumba yang berjaya meraih empat jersi dalam satu peringkat. "Hari ini (semalam) merupakan hari yang baik buat saya. Strategi asal kami adalah menyerahkan kepada pelumba lain dalam pasukan untuk membuat pemecahan.

"Saya sudah berehat semalam (kelmarin). Apabila saya tengok tidak ada rakan sepasukan yang buat pemecahan, saya mengambil keputusan untuk mengambil peluang ini. "Ketika perlumbaan berbaki 40km, saya buat pemecahan secara solo. Situasi itu menyebabkan saya kini berada dalam keadaan terbaik untuk menghadapi satu lagi peringkat pendakian di Genting Highlands.

"Saya mahu menang dan akan cuba yang terbaik. Mungkin pelumba daripada pasu- kan profesional lain tidak menjangkakan saya menang. Mereka tidak mengenali saya. Saya bernasib baik.

"Saya akan cuba untuk mempertahankan Jersi Kuning ini kerana saya yakin rakan sepasukan akan membantu saya melakukannya tetapi kami tidak tahu apa yang berlaku esok (hari ini).

"Ini adalah hari yang paling hebat dalam hidup saya," kata pelumba berusia 25 tahun itu.

Dia berjaya merampas Jersi Kuning daripada pelumba Blaco Pro Cycling Team, Theo Bos yang mengunggulinya pada dua peringkat sebelum ini dan menjadi pelumba pertama China memenangi peringkat pada perlumbaan LTdL.

Pada perlumbaan semalam, Wang Meiyin mengambil masa tiga jam 50 minit 01 saat untuk menawan puncak Cameron Highlands iaitu 2:27s meninggalkan pencabar terdekat, Julian Arredondo daripada Team Nippo-De Rosa. Nathan Haas daripada Garmin Sharp yang ketinggalan 3:11s, menamatkan saingan di tempat ketiga diikuti pelumba Orica-GreenEDGE, Wesley Sulzberger.

Sementara itu, Wang Meiyin memiliki ke- lebihan masing-masing 2:43s dan 3:29s di depan Arredondo serta Nathan dalam perebutan Jersi Kuning. Bagi Jersi Merah, Wang Meiyin yang mengumpul 44 mata turut meninggalkan Arre- dondo (20 mata) dan Nathan (16 mata).

Dia mengumpul 36 mata untuk mendahului Theo Bos dari Blanco Pro Cycling Team (30 mata) dan pelumba Astana Pro Team, Andrea Guardini (27 mata) dalam perebutan Jersi Biru. Bagi Jersi Putih pula , Meiyin mencatat masa keseluruhan 10 jam 44:44s untuk menewaskan dua pelumba Astana Pro Team, Alexandr Dyachenko dan Andrey Ka- shechkin

Para pelumba akan meneruskan perlumbaan peringkat keempat dari Tapah, Perak ke Kapar, Selangor sejauh 168.0km hari ini.

Perlumbaan dijangka laju dan menjadi kegemaran pelumba pecut kerana tidak ada zon pendakian. Terdapat tiga zon pecut di sepanjang laluan beralun iaitu di Teluk Intan (40.2km), Sungai Besar (89.0km) dan Kuala Selangor (140.8km).

Kosmo!

No comments:

Post a Comment