Saufi di tengah, merai kemenangan pada satu kejohanan. |
Selain misi itu, pelumba yang semakin digeruni di peringkat pendakian bertekad mahu membuktikan kehebatannya untuk muncul antara pelumba pendaki terbaik Asia.
"Saya yakin sasaran itu dapat dicapai dengan berbekalkan pengalaman, latihan dan bantuan dari rakan sepasukan," kata pelumba berusia 22 tahun itu kklmarin.
Tahun lalu Saufi menjadi pelumba pertama tiba di puncak Genting Highlands dan mengakui laluan kali ini bakal memberi kelebihan kepadanya kerana telah banyak melakukan latihan pendakian terutama di Genting Highlands, Cameron Highlands dan Bukit Sumpitan.
"Saya akui saingan sengit bakal menanti pada kejohanan itu nanti, namun saya tetap tidak akan mengalah dan akan menunjukkan prestasi terbaik untuk menaiki podium sepanjang kejohanan itu nanti," katanya.
Menurut anak kelahiran Kuala Ibai ini, beliau akan memberikan kayuhan yang terbaik dan sekurang-kurangnya berjaya memenangi salah satu daripada 10 peringkat perlumbaan.
Berdasarkan percaturan pelumba dan latihan yang dilalui, katanya beliau yakin dapat membantu pasukan TSG berada di tempat terbaik pada perlumbaan edisi ke-18 itu.
Dalam saingan LTdL edisi ke-17 lepas, TSG yang ketika itu turut disertai oleh pelumba dari Korea dan Jepun berjaya menduduki tangga ke-10 daripada 22 pasukan keseluruhan serta tangga ketiga bagi kategori Asia.
Dalam saingan tahun ini, seramai 132 pelumba mewakili 22 pasukan termasuk lima pasukan profesional akan menggalas cabaran melibatkan 10 peringkat dengan meliputi jarak 1,471.4 kilometer.
No comments:
Post a Comment