Mohd Kassim (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Ghazali (kiri) sempena program penutup sambutan Maulidur Rasul di Pengkalan Berangan. |
Pengerusinya, Mohd Kassim Sulaiman bersama beberapa ahli jawatankuasanya meluangkan masa bertanya khabar sebelum menyampaikan barangan keperluan sumbangan Adun Pengkalan Berangan, Datuk Yahaya Khatib Mohamad.
Penerima adalah dari Kampung Pengkalan Berangan, Kampung Bukit Kolam dan Kampung Bukit Baru serta Kampung Tanjung Belor.
Antaranya bekas Timbalan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pengkalan Berangan, Ghazali Sulong.
Mohd Kassim berkata, ia bertujuan mendekatkan lagi hubungan kemesraan dan ikatan silaturahim antara pihak pengurusan masjid dengan penduduk terutama mereka yang uzur, kurang bernasib baik dan memerlukan perhatian.
“Tumpuan kunjungan kami dan sumbangan ditujukan kepada warga emas dan mereka yang sakit dan ia bertujuan melihat dan menyelami kesusahan serta kepayahan mereka sekali gus menambah keinsafan kepada diri kami semua," katanya.
Mohd Kassim berkata, melalui sumbangan itu pihaknya juga berharap ia dapat meringankan beban keluarga penerima dan memberi sedikit keceriaan serta kegembiraan kepada mereka yang sakit atau uzur.
Sementara itu, bekas Timbalan Pengerusi JKKK Pengkalan Berangan, Ghazali Sulong yang pernah menabur bakti dalam usaha membangunkan kampung, kini uzur dan jarang keluar sejak dua tahun lalu, sebaliknya hanya berehat di rumah.
“Saya banyak menghabiskan masa di rumah sejak kebelakangan ini dan menyokong usaha pihak masjid agar terus mengadakan program sebegini kerana orang sakit biasanya tidak dapat keluar untuk berjumpa masyarakat,” katanya
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment